Sekolah ni mula2 dlu adlah sbg Institut perguruan, pastu start taun 2000, dier ubah then jdi lar sbuah SBP yg rata2nya sekitar 140 org setiap tingkatan. Takder lah rmai sngt kan. Utk masuk ke sester ni, dier kena apply melalui laman web SBP dlu then akan ader surat tawaran dtg umah or bleh check online. Kat situ akan dnyatakan tawaran SBP yg adik dpat n klau dapat kat SESTER, adik mmg brtuah sbb bukan calang2 org boleh masuk SESTER ni tau. Kebiasaanya, pelajar yg dpat masuk SESTER ni kategori 8A dan ke atas masa PMR n klau bernasib baik, 7A pun bleh dpat tpi bilangannya sedikit jer.
"Betul ker klau masuk SBP lpas ni senang nk dpat universiti/ biasiswa?"Jawapannya, yup, memang betul. Kerajaan dh bgi klebihan lebih sikit kat budak2 full boarding school cam SBP dri sekolah harian biasa. Jadi mudah lar nnti lepas SPM nk sambung belajar memaner.
Kehidupan kat SBP ni xder lah tough maner pun. Korang cuma kena pandai bahagi masa n ader jati diri skit utk terus survive kat sini. Biasa lar kan dh besar panjang kena lar belajar berdikari plak, nnti biler nk masuk universiti nnti xperlu lar gelabah dh xprnah duk asrama sblum ni n pyah nk ssuaikan dri nnti.Tmbah lagi, kat SESTER ni dier dekat ngan pusat bandar, jdi senang lar nk mintak outing hujung minggu cam pergi Giant, Mydin or MBKT (majlis bandaran kuala terengganu) n pengangkutan tu pakcik bas SESTER sndri yg akn hntarkan.
Bangunan di SESTER
Ni nak cerita pasal bangunan SESTER plak, SESTER mempunyai 2 blok asrama puteri (aspuri), B dan C, dan 1 blok asrama putera (aspura), A. Blok aspura terletak bersebelahan dengan bukit Besar n berhampiran dengan surau, jdi senang lar nk pegi solat setiap waktu. Tambah lagi, biler bukak tingkap jer boleh menghirup udara segar n boleh nmpak bukit yg dpenuhi pokok2 hijau tu setiap hari.
Blok aspuri plak terletak berhampiran dengan deretan kelas2, kluar pagar aspuri jer terus nampak kelas..jdi x prlu jln jauh2 utk masuk kelas. Senang kan~ Tambah lak ngan Ko-op (koperasi sekolah) yg dekat, saper2 yg rsa lapar tu bleh lar beli belah kat situ.
Keistimewaan kat SESTER ni, asrama dier bkn cam asrama sekolah2 lain yg maner diorang guna dorm tpi kat sester, dier guna bilik2 yg mnempatkan 2 org satu bilik siap dengan katil n almari satu sorang dan juga rak kasut (tu maser shiro duk kat sana, x tau lar 5 or 10 taun lagi dier tukar jumlah bilangan org dlm bilik tu jdi 4 org kut) setiap blok mempunyai 4 aras dan stiap 1 aras ader 12 bilik n 3 bilik air.
Selain tu, sester jugak ader sebuah dewan yg dkenali sbg dewan Nadwah n dewan makan. (uh, tetiba rindu plak dekat Mok (dier dlu sbg tukang masak dewan makan,sedap mknan dier msak tu~ skarang ni dh tukar jdi org lain dh sbb dh hbis tempoh tender kat situ) Setiap minggu mesti akan ader high-table utk mkn tgh hari, jadi stiap plajar kena bawa sudu n garfu sndri (mcm makan kat restoran lar ni) n mkanan dh dsediakan atas meja.
Klau kelas plak stiap tingkatan akan ader 5 kelas iaitu, Al-Khawarizmi, Al-Radzi, Al-Batani, Al-Biruni dan Al-Farabi. Setiap tahun dier akan ubah2 ikut prestasi pelajar, kelas maner yg first. (n klau nk tau Shiro kelas 4 Al-Radzi then naik 5 Al-Radzi gak, taun shiro tkder streaming so, klas x brubah pun dri masuk form 4 hngga hbis form 5)
Pengalaman Kat SESTER
Hmm, klau nk kata pengalaman ni mmg bnyk ar. Klau masa shiro form4 dlu2, dier akan start dengan orientasi slama sminggu pastu akan ader test english (100 soalan objektif) n mathematics (addmath yg bab dpan2 jer tu dlm subjektif) utk tentukan kelas maner msuk. Jdi buat yg terbaik lar klau nk msuk kelas depan tau. Klau nk crita aktiviti wajib tahunan kat sester, dier ader aktiviti kursus asas kayak, kayak ke pulau kapas(yg ni option nk pegi ker x), pastu larian pantai (best, berlari kat pesisiran pantai bleh tgk laut n ombak n kwasan tepi pantai), kadang2 ader gak cam tahun 2009 tu wat aktiviti mencipta bendera Malaysia menggunakan surat khabar dan plastik brwrna. Jadi lar bendera gergasi smpai masuk surat khabar tu!. :D
Selain tu ader high-table utk mlam anugerah sester, tu lar malam yg pling dnanti-nantikan smua pelajar utk mngetahui rumah sukan maner yg menang pada tahun tu. Dier ader bnyk kategori bkn skadar kokurikulum jer yg dnilai, akademik, sahsiah, kebersihan bilik n kehadiran surau pun dikira jugak tau. oh, luper nk tulis, rumah sukan kat sester ader Alfa (merah), Beta (kuning), Gamma (hijau), dan Sigma (biru). Pada tahun 2010, acara sukan tahunan sekolah dlu dier buat kolaberasi dgn budak2 skolah rendah Tengku Bariah. Best~ bleh tgk knak2 main skali cam lari brganti cmpur antara pelajar sester dgn skolah Tengku Bariah.
Acara kokurikulum plak yg bleh join adalah sprti catur, kriket, ragbi, hoki, tenis, sepak takraw, memanah n bnyk lagi. Klau kat sekolah harian biasa, mesti sukar kan nk join aktvti sukan cam tenis, kriket, memanah n ragbi ni kan wlaupun ader sesetengah skolah harian biasa ader aktviti ni tpi x bnyk lar kan. (shiro dlu join catur jer n dpat tmpat ke-2 dlm peringkat daerah KTS[Kuala Terengganu Selatan] dlu n smpai stakat peringkat negeri jer.haha, rugi betul, skit lagi nk dpt masuk pringkat kbangsaan)
Jadual Harian SESTER
Jadual kat sni takder lar pack mner pun, start bngun kul 5.30 pagi tu mndi n bersiap2 utk ke surau utk solat jemaah subuh. Buat pengetahuan adik2, kat SESTER ni diwajibkan utk solat jemaah setiap waktu, jdi tkder lar yg lmbat utk solat nnti. Pada pukul 6.30pagi, dh bleh ke dewan makan utk sarapan pagi dan pukul 7 pagi plak ke dataran astaka utk roll-call pagi. Kat situ ader sikit2 pengisian cam cikgu nk smpaikan aper2 maklumat ker. Then, bacaan yassin pastu bleh msuk klas, wktu rehat start kul 10.10pagi hingga 10.30 pagi then kelas lagi smpai lar pkul 2.30 petang.
Lpas tu solat zohor berjemaah then pegi dewan makan utk mkn tgh hari. Prep petang plak bebas boleh pakai baju riadah petang (sluar track n t-shirt) start pkul 3.30 ptg hingga 4.30 petang, then solat asar, minum petang kat dewan makan (biasanya kuih n air teh) dan bleh pegi riadah petang.(bleh pinjam aper2 pun kat stor sukan tu cam klau naik main basketball,bleh pinjam bola basket)
"Aper mksud prep tu?"Pasti akan ader dalam kalangan adik2 ni jarang dengar istilah ni atau kurang pasti mksud sbenarnya...prep tu mrjuk kpd pembelajaran tnpa khadiran guru dlm klas, x kiralah nk buat krja skolah yg guru berikan atau nk ulang kaji pun boleh.
Pastu makan malam kat dewan makan bermula pukul 6.30 ptg pastu bersiap2 ke surau utk solat maghrib (aspuri pakai baju kurung, dan aspura pkai baju melayu). Selepas itu akan ada bacaan al-quran secara bramai-ramai dan lebih kurang pkul 8mlm, prep malam akn bermula shingga pkul 10.30 malam. Solat Isyak di surau dan trus boleh masuk asrama balik.Light off adalah pda pkul 12 mlm.
Ksimpulannya, jdual dier tkder lar ketat sngt brbnding ngan SBP lain yg lagi truk smpaikan ader yg kelas smpai ptg dgn memakai baju skolah dari awal pagi.
Kepada adik2 yg nk masuk SESTER ni, wat yg terbaik smasa PMR nnti bleh join SESTER. Klau yg dh masuk SESTER tu jgn kluar plak sbb rugi tau xmnikmati smpai hbis khidupan kat SESTER ni, best~ Klau dh hbis skolah kat situ akan rsa rindu plak n rsa nk blajar kat situ balik jer. ;D
Klau ader nk tnya aper2 psal SESTER, feel free to comment kat bwah tu jer...nnti shiro akan jawab satu2 pertnyaan tu.
No comments:
Post a Comment
Please feel free to comment, kay!!