Sejak kebelakangan ni rsa nk tulis balik jer blog. Memang dh ckup brhabuk dh sbb tinggalkan lama sngat. Al-maklum lar busy memanjang.
So, hari ni nk cerita psal Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (UTM KL) - fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Fuhhh~ panjang giler nma nya smpai org lain nk sebut pun berbelit2 lidah. Seperti nama fakulti tu, dier memang ada kolaberasi antara Malaysia dgn Jepun. Lecturer2 kat sini pun banyak yg import luar dari Malaysia mcm Pakistan, Greenland, Jepun, United Kingdom dan ada lecturer subjek English shiro yg dtg dari Iraq! Hebat x? hebat x?
Kalau kat universiti lain mmg rata2 payah lar nk cari ramai lecturer berasal dari luar Malaysia. Kalau nk tau lagi, MJIIT ni dier beri peluang kat pelajar utk melakukan latihan industri kat Jepun pabila dh msuk tahun ke-3!!! Yang tu lar yang paling special nya tentang MJIIT. Well, Shiro mmg dh lama simpan hasrat nk pegi Jepun. Apa lagi yg nk ditunggu, rebut ar peluang ni kan~
Kalau rasa lama sangat nk tnggu tahun 3, jgn bimbang, masih ada peluang lagi. Sama ada tahun 1 ker 2, 3 atau 4, semua pelajar berhak utk merancang aktiviti GOP ke luar negara. Apa kebenda GOP ni??!! *bunyi suara latar*
Meh dekat skit shiro nk citer, GOP ni Global Outreach Program yg mna students bleh apply ke mana2 negara jer sperti Korea, Istanbul, Australia, German, UK n mna2 negara lagi yg ada atas dunia ni. DAN, UTM gak ada bagi wang tambahan RM1000 setiap sorang utk kegunaan msa berada kat sana~ Best tuu! Try ar cari Universiti lain, ada x pihak universiti nk bgi duit belanja kat pelajar. Mmg pyah nk jumpa punyaa~
TAPI nk bgi RM1000 tu bkn bgi free camtu jer, mesti kena hntar kertas kerja plan apa nk buat kat sana. Mesti ar ada benda yg educative skit then lepas tu ENJOY lar smpai pengsan!!!!
Kalau macam Shiro plak, Shiro plan nk pegi Jepun nnti musim bunga tahun 2015. Bleh Ohanami (sakura viewing) bawah pohon sakura sambil berkelah. Best wooo~ X sabar nk pegi ar!!
Oh, lupa plak nk bagitau, GOP tu gak dier planning secara berkumpulan antara 10 - 20 org. So, yg plan nk pegi sorang2 tu xbleh yer. Fund tu kalau 20 org yg pergi, akan dapat RM20 ribu. Kalau 10 org pergi, akan dapat RM10 ribu. Biasanya kitorang rancang pergi sekelas terus, senang. Nak wat kerja pun senang sbb dh kenal~
Panjang plak citer psal GOP, eksited nk pegi kan~
Biler lagi boleh pegi luar negara klau bkn skarang!! (macam iklan sabun pencuci pinggan plak bunyinya)
Sampai sini jer lar post ni. Akan bersambung ke Part 2~
P/S : klau ada apa2 yg x faham, tanya jer okay!! Shiro x mkn org pun cuma mkn nasi jer.